Your journey is my story...

10 March 2012

Kelahiran PMiW on 090312 at 2220

Alhamdulillah, akhirnya Prime Minister in-Waiting selamay dilahirkan. syukur sangat2.. date pada 090312, cantik jugak date ni sbb 9+3=12. hehe. nice choice PMiW. berat pulak ialah 3.19kg pada jam 2220.

sambungan post yang sebelum ni, mommy mula rasa sakit sgt2 dalam pukul 8 malam 9 Mac tu.. masa tu tak tahan dah.. cakap kat nurse sbb sakit, nurse sound balik, tadi masa doc offer epidural kenapa tanak amek? haha.. kesian mommy.

tp nasib baik tak lama lepas tu, pukul 9 doc check bukaan mommy berapa, but still 2cm sama dengan siang tadi, so no progress. immediately doc decide buat operation. Papa pun diarahkan keluar sbb nurse nak prepare mommy utk bedah.

so papa tunggu la kat luar, tak lama lepas tu murse datang usung mmommy atas katil untuk masuk bilik bedah. tak lama lepas masuk, Atok n Wan plak sampai dalam pukul 10. so dalam sejam la kami sama2 menunggu di luar bilik bedah, lepas tu nampak mommy diusung keluar untuk diletakkan kembali dalam wad tingkat 3. PMiW pulak rupa2nya dah siap dimandi dan dibersihkan dalam labour room. Papa pun azan kat telinga PMiW.

09 March 2012

labour room!!

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

maaflah, dah 9 hari tak update blog ni sebab kelas Master in Media and Information Warfare di UiTM Shah Alam dah start, kuliah Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat. tapi kuliah hari ni iaitu 9 Mac bersamaan dengan hari Jumaat tak pegi sbb tengah malam semalam mummy admitted at Generah Hospital KL.

So hari ni papa cuti kerja dan tak pegi kuliah sbb standby untuk Prime Minister in-Waiting (PMiW) kita ni nak keluar dah... insyaAllah.

dipendekkan cerita, dalam pukul 1.00 tengahari tadi, mummy telah dimasukkan ke dalam labour room. masa tu bukaan 1cm, doc nak cuba masukkan ubat supaya rasa sakit datang utk trigger bukaan yg lebih luas. kata doc, kalau pukul 5.30 petang takde apa2 progress lagi, PMiW akan dilahirkan secara operate. doc nak masukkan dalam labour room jugak sbb masa tu Blood Pressure mummy tinggi sikit, so doc nak deliver cepat.

tiba pukul 5.30 pulak, doc notice garam galian mummy kurang, 2.9 je instead of 3.5 yang sepatutnya. garam galian ni penting sbb kalau nak operate nnt garam galian tak boleh kurang. lebih kurang pukul 5.30 petang ni jugak, doc pecahkan air ketuban mummy, supaya lebih banyak contractions n buka dgn lebih cpt..

lebih kurang setiap 10 minit mummy rasa contractions. doc dah 2-3 kali offer mummy epidural untuk hilangkan rasa sakit, but mummy refuse kata masih boleh tahan lagi. PMiW, we should be proud mummy very strong.. heheh.

so ok lah, setakat ni dulu.. nanti papa update lagi ye.. on the 6th hour at labour room. to be continue

29 February 2012

Prime Minister in-Waiting keeps us in waiting!!

well, not just he makes me waiting for him to become a Prime Minister, he even keeps me waiting for his birth!! haha.. the baby wont come out yet, at least for now.

so, ingatkan baby akan jadi olympian sebab lahir 29 feb which is once in 4 years like Olympic Games. but tettt!! baby tunggu masa yang lebih sesuai kot.. hehe.

so today, alhamdulillah oleh sbb keadaan both mommy dan baby stabil n normal, doc bagi mommy balik rumah. so tunggu the 'real contractions' la skrg after 2 false alarms.. hehe.

ok la, dah nak tido. papa dah mengantuk, starting march which is besok, papa masuk kerja pukul 8 instead of 8.30 so boleh balik awal pukul 5. papa start class master 5 mac ni, kelas after ofis hours, pukul 8 malam sampai 10.

nanti baby kena teman mommy selalu kat rumah k.. hehe. nite

28 February 2012

Denyutan jantung seorang Prime Minister in-Waiting (PMiW)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.


Nampaknya hari ni 28 Feb setakat jam 10.00 malam PMiW kita ni belum keluar lagi. Mommy tadi kata dia dah ready.. see the spirit? hehe.


Tp takpe, yang penting baby selamat dilahirkan regardless when.. hehe.


For today's punch line, PMiW ni sejak mommy warded hari tu mmg kena buat Continuous Cardiotocographic machine (CTG) dua kali sehari.  This process records the baby's heart rate continuously on a piece of paper.


Hari ni dalam pukul 8 malam tadi buat CTG lagi.  Nurse nak dengar PMiW's heart rate masa tengah sedar dan aktif tp PMiW tidur la pulak.. so Nurse sampai kena kejut PMiW ni sebab tido je sepanjang CTG dibuat. hahaha.


Suka tido ni ikut papa ke mommy? hurmm... itu satu persoalan. tp kalau susah nak bangun bila dikejut tu rasanya dah tau dah PMiW ikot siapa.. hahaha :p


besok 29 Feb, 4 tahun sekali je berlaku ni.. gulppp!





False alarm by the PMiW

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Nampaknya mommy tadi kena false alarm oleh Prime Minister in-Waiting (PMiW) ni.

dalam pukul 9.30 malam tadi mommy BBM kata dah rasa macam contractions. 2 kali pulak tu. Papa yang berada kat rumah ni pun panik kejap, sampai nak keluar pegi hospital hampir terlupa nak bawak handphone. hehe

Nampanknya anak papa ni belum apa-apa lagi dah pandai guna warfare dan mind games. hehe. at least mommy slowly prepare untuk contractions yang betul. apa2pun, i'm so proud of my wife.. mommy relax je, siap kata 'i can do this'..

luckily anak papa ni ada mommy macam ni.. hehe.

lagi satu yang happen today, doc ada bagi memo/note untuk papa supaya papa boleh jaga n teman mommy kat hospital.. ni memonya


Ok lah, papa dah nak tido. Mommy kat hospital pun nak tido, dia baru ngadu sakit kat bawah perut.. nurse kata baby nak ke bawah.. so insyaAllah tak lama lagi PMiW kita dapat melihat dunia buat pertama kali.. hehe. good nite.

26 February 2012

Prime Minister in-Waiting

Assalamualaikum w.b.t, Salah Sejahtera semua.

This is the first post for this new rebranded blog (dulu radiasiikankoi.blogspot now primeministerin-waiting.blogspot. Blog ini seperti nama dan juga seperti URL barunya ialah bersempena dengan seorang Prime Minister in-Waiting (PMiW) atau dalam bahasa mudahnya bakal Perdana Menteri, insyaAllah.

bila nak jadi? hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu. kita sebagai manusia hanya boleh berharap, merancang, berusaha dan berdoa ke arah itu. Jika impian ini tidak dapat tercapai sekalipun, cukuplah dengan menjadi hamba Allah S.W.T yang beriman, disenangi orang sekeliling tanpa mengira latar belakang. At least, hidup ada matlamat. 

Mungkin blog ini dan juga post blog yang pertama ini (after rebranding) akan menjadi sejarah dan rujukan suatu masa nanti, tidak kiralah dapat jadi Perdana Menteri ataupun tidak. 

Cerita ini adalah tentang anak pertama saya yang akan lahir. 


InsyaAllah, anak papa dan mommy akan lahir dalam masa terdekat, besok usia kandungan mommy Intan Syazlin akan masuk 37 minggu.


Post terakhir papa (ok, masih awkward gila nak guna term ni.. haha) sebelum ini adalah pada 21 April 2010. Dan mulai hari ini insyaAllah papa nekad dan tekad untuk aktif kembali dengan blog yang telah direbranding ini. Sebelum ini papa lemah dan tidak konsisten berblog, semoga kehadiran anak papa Prime Minister in-Waiting ni akan menguatkan papa.


Mostly post blog ini nanti akan banyak menceritakan pasal anak papa dan mommy ni, perkembangan sepanjang membesarkan Prime Minister in-Waiting (PMiW) ini. Suatu hari nanti harap anak papa dapat baca blog ni.

21 April 2010

ayam penyet @ the street @ the curve

hari ni, bersamaan dengan 21 April 2010 (Rabu) restoren ayam penyet @ the street @ the curve bakal menempa sejarah apabila bakal menerima pengunjung yang julung-julung kalinya akan mentekadarah di sana, iaitu aku.

setelah beberapa purnama aku mendengar khabar-khabar yang bertiup ibarat angin-angin sepoi bahasa yang mengatakan ayam penyet ini sedap, ayam penyet itu dan ini, ayam penyet ini penyek, akhirnya dapatku santap ayam penyet tersebut untuk kudapanku di tengahari ini.

lebih kurang 50 minit lagi aku dan PTDmates aku akan bergerak menuju ke sana... dah 3-4 hari kami ibarat sedang menjayakan rancangan jalan-jalan cari makan. lunch di sana sini... semalam @ PJ @ Piccadilly. Dua hari lepas di IKEA.. kami lepas geram dengan makan @ tempat-tempat macam ni... bila lagi kan? heheh. nanti aku dah dapat penempatan, mesti sibuk mengalahkan Tok Ketua kampung tandiap, kuala perlis.

krukk krekk krukk krekk.. ok lah korang, perut dah bunyik..