Your journey is my story...

09 March 2012

labour room!!

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

maaflah, dah 9 hari tak update blog ni sebab kelas Master in Media and Information Warfare di UiTM Shah Alam dah start, kuliah Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat. tapi kuliah hari ni iaitu 9 Mac bersamaan dengan hari Jumaat tak pegi sbb tengah malam semalam mummy admitted at Generah Hospital KL.

So hari ni papa cuti kerja dan tak pegi kuliah sbb standby untuk Prime Minister in-Waiting (PMiW) kita ni nak keluar dah... insyaAllah.

dipendekkan cerita, dalam pukul 1.00 tengahari tadi, mummy telah dimasukkan ke dalam labour room. masa tu bukaan 1cm, doc nak cuba masukkan ubat supaya rasa sakit datang utk trigger bukaan yg lebih luas. kata doc, kalau pukul 5.30 petang takde apa2 progress lagi, PMiW akan dilahirkan secara operate. doc nak masukkan dalam labour room jugak sbb masa tu Blood Pressure mummy tinggi sikit, so doc nak deliver cepat.

tiba pukul 5.30 pulak, doc notice garam galian mummy kurang, 2.9 je instead of 3.5 yang sepatutnya. garam galian ni penting sbb kalau nak operate nnt garam galian tak boleh kurang. lebih kurang pukul 5.30 petang ni jugak, doc pecahkan air ketuban mummy, supaya lebih banyak contractions n buka dgn lebih cpt..

lebih kurang setiap 10 minit mummy rasa contractions. doc dah 2-3 kali offer mummy epidural untuk hilangkan rasa sakit, but mummy refuse kata masih boleh tahan lagi. PMiW, we should be proud mummy very strong.. heheh.

so ok lah, setakat ni dulu.. nanti papa update lagi ye.. on the 6th hour at labour room. to be continue

No comments: