Your journey is my story...

10 March 2012

Kelahiran PMiW on 090312 at 2220

Alhamdulillah, akhirnya Prime Minister in-Waiting selamay dilahirkan. syukur sangat2.. date pada 090312, cantik jugak date ni sbb 9+3=12. hehe. nice choice PMiW. berat pulak ialah 3.19kg pada jam 2220.

sambungan post yang sebelum ni, mommy mula rasa sakit sgt2 dalam pukul 8 malam 9 Mac tu.. masa tu tak tahan dah.. cakap kat nurse sbb sakit, nurse sound balik, tadi masa doc offer epidural kenapa tanak amek? haha.. kesian mommy.

tp nasib baik tak lama lepas tu, pukul 9 doc check bukaan mommy berapa, but still 2cm sama dengan siang tadi, so no progress. immediately doc decide buat operation. Papa pun diarahkan keluar sbb nurse nak prepare mommy utk bedah.

so papa tunggu la kat luar, tak lama lepas tu murse datang usung mmommy atas katil untuk masuk bilik bedah. tak lama lepas masuk, Atok n Wan plak sampai dalam pukul 10. so dalam sejam la kami sama2 menunggu di luar bilik bedah, lepas tu nampak mommy diusung keluar untuk diletakkan kembali dalam wad tingkat 3. PMiW pulak rupa2nya dah siap dimandi dan dibersihkan dalam labour room. Papa pun azan kat telinga PMiW.

09 March 2012

labour room!!

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

maaflah, dah 9 hari tak update blog ni sebab kelas Master in Media and Information Warfare di UiTM Shah Alam dah start, kuliah Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat. tapi kuliah hari ni iaitu 9 Mac bersamaan dengan hari Jumaat tak pegi sbb tengah malam semalam mummy admitted at Generah Hospital KL.

So hari ni papa cuti kerja dan tak pegi kuliah sbb standby untuk Prime Minister in-Waiting (PMiW) kita ni nak keluar dah... insyaAllah.

dipendekkan cerita, dalam pukul 1.00 tengahari tadi, mummy telah dimasukkan ke dalam labour room. masa tu bukaan 1cm, doc nak cuba masukkan ubat supaya rasa sakit datang utk trigger bukaan yg lebih luas. kata doc, kalau pukul 5.30 petang takde apa2 progress lagi, PMiW akan dilahirkan secara operate. doc nak masukkan dalam labour room jugak sbb masa tu Blood Pressure mummy tinggi sikit, so doc nak deliver cepat.

tiba pukul 5.30 pulak, doc notice garam galian mummy kurang, 2.9 je instead of 3.5 yang sepatutnya. garam galian ni penting sbb kalau nak operate nnt garam galian tak boleh kurang. lebih kurang pukul 5.30 petang ni jugak, doc pecahkan air ketuban mummy, supaya lebih banyak contractions n buka dgn lebih cpt..

lebih kurang setiap 10 minit mummy rasa contractions. doc dah 2-3 kali offer mummy epidural untuk hilangkan rasa sakit, but mummy refuse kata masih boleh tahan lagi. PMiW, we should be proud mummy very strong.. heheh.

so ok lah, setakat ni dulu.. nanti papa update lagi ye.. on the 6th hour at labour room. to be continue