Your journey is my story...

06 February 2010

Menunggu bas itulah chenta.

Oleh sebab baru2 ni Izni kata kat aku (dlm facebook) yang dia tak fhm mengenai cinta tu ibarat menunggu bas, oleh itu berdirinya aku pada hari ni....opppss silap. duduknya aku depan komputer malam ni adalah untuk menerangkan secara bertulis kepada Izni dan konco-konconya. hahaha. kepada kawan2 aku jugak la... selamat menunggu bas semua...


Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas…


Bila bas tu datang, awak tengok bas tu dan awak kata pada diri awak,"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk." Jadi, awak katakan pada diri awak,


"Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua.


Awak tengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.


Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm.... tak de air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain."


Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.


Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak.


Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dapat pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?


Jadi, (terutamanya golongan perempuan, lelaki pun samalah) mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?


Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.


Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nantikan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!


Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!


Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak.


Janganlah menyesal jika seseorg tu selama ini berada di depan kita tanpa kita mengetahuinya, bahawa dia lah orgnya... kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya... hanya DIA yg mengetahui apa yg terbaik buat diri kita dunia dan akhirat.

8 comments:

nuruliznie said...

thanks for the explanation, together with my name THERE! konghasam ko max nak kena mention nama aku gak la yang tak paham tuh. hahahaha!

after i read ur so-called kaunseling nih, i think i know which bus should i take now. heeee. thanks :))

intan syazlin said...

hahahahaha. really Nen? Story2 la. Lama tak gosip ngn kauuu. Rinduuuuuuuuuuuu :(

Syg, byk nye 'awak' kali. dah mcm biawak dah! :P

Yeah your story make sense though! We must give someone a chance because we never know what's the future that we'll go through. So fikir fikir kan lah ok! :)

Maxx Ikhwandy said...

hahaha..saje je..
sorry la klau termention name ko ke ape izni..
tp kalau btol ko dah semakin paham, alhamdulillah. heheh.

iye..btol tu syg...heheh.

nuruliznie said...

lin. miss you more. huuu. yep2 semakin paham dengan keadaan sekarang. ngehehhee.

takpe la tade hal mention nama aku. baru glamerrrr skit :))

Maxx Ikhwandy said...

ko mmg bukan dah glamer ke izni? heheh. namamu menjadi sebutan setiap insan bernama lelaki..kahkahkah

nuruliznie said...

wah tak respek tuh max. haha! ape tah bukan menjadi sebutan laaa, menjadi umpatan :))

Maxx Ikhwandy said...

haha..takde maknenye umpatan..
sebutan je..takkan aku benarkan siapa yang umpat ko kecuali diri aku sendiri..kahkahkah..
gurau je..hee.

Maxx Ikhwandy said...

haha..takde maknenye umpatan..
sebutan je..takkan aku benarkan siapa yang umpat ko kecuali diri aku sendiri..kahkahkah..
gurau je..hee.