Your journey is my story...

21 April 2010

ayam penyet @ the street @ the curve

hari ni, bersamaan dengan 21 April 2010 (Rabu) restoren ayam penyet @ the street @ the curve bakal menempa sejarah apabila bakal menerima pengunjung yang julung-julung kalinya akan mentekadarah di sana, iaitu aku.

setelah beberapa purnama aku mendengar khabar-khabar yang bertiup ibarat angin-angin sepoi bahasa yang mengatakan ayam penyet ini sedap, ayam penyet itu dan ini, ayam penyet ini penyek, akhirnya dapatku santap ayam penyet tersebut untuk kudapanku di tengahari ini.

lebih kurang 50 minit lagi aku dan PTDmates aku akan bergerak menuju ke sana... dah 3-4 hari kami ibarat sedang menjayakan rancangan jalan-jalan cari makan. lunch di sana sini... semalam @ PJ @ Piccadilly. Dua hari lepas di IKEA.. kami lepas geram dengan makan @ tempat-tempat macam ni... bila lagi kan? heheh. nanti aku dah dapat penempatan, mesti sibuk mengalahkan Tok Ketua kampung tandiap, kuala perlis.

krukk krekk krukk krekk.. ok lah korang, perut dah bunyik..

20 April 2010

lagi mengenai PTD..

post ini adalah kesinambungan kepada post yang lepas ye... heheh.

hurm.. aku ingat bila dah tau aku dapat kat JPA dah settle, rupanya belum lagi. Sampai JPA, ada lagi penempatan dalaman, maksudnya ke bahagian mana, cawangan JPA mana ataupun ke badan-badan lain di bawah JPA seperti Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Sambil menunggu ni, ramai la dapat member-member baru. Geng kami dalam 10 orang.. menunggu di library.. seperti buah yang kita tak tahu bila nak gugur. hari keempat menunggu (Khamis), akhirnya kami dipanggil dan diberitahu tentang penempatan dalaman kami.

keputusan = 7 orang ke INTAN dan selebihnya kekal di JPA. Aku? Sekali lagi menjadi salah seorang intan terpilih, untuk ke INTAN. INTAN mane? INTAN Syazlin dah tentu la.. haha. INTAN mana belum tahu, samada kekal di INTAN Bukit Kiara atau ke INTAN cawangan. So esoknya (jumaat), kami 7 intan terpilih ni akan melapor diri (dah 3 kali dah lapor diri ni) di INTAN Bukit Kiara dan akan tunggu kat sini sampai tahu penempatan dalaman INTAN pulak (tadi penempatan dalaman JPA).

Nak dijadikan cerita, masuk hari ni dah masuk 8 hari bekerja dah kat INTAN Bukit Kiara ni. Tak dapat-dapat pengesahan jugak kami ni dapat di bahagian/cawangan mana. Yang ada, hanyalah andaian, spekulasi dan rumours je. Hari ini adalah hari yang paling tegang sekali bagi kami di sini setelah diberitahu sekali lagi, "Lagi sehari dua dapat tau.."
Minggu lepas pun ayat sama jugak. Adoiiii... penat, tension semua ada..bukan apa, tapi sebab banyak benda tentang diri aku yang pending akibat daripada keputusan yang masih belum keluar ni.

Tapi jangan salah faham, aku tak salahkan seorang atau mana-mana pegawai pun, hanya melepaskan tension dan geram akibat terperap di library untuk lebih seminggu dah..

so kesimpulannya, kenalah tunggu lagi sehari dua.. T.E.N.S.I... rasa nak menangis pun ada..hahaha.. adoiii laaa... speechless maaatttt.. berat mata korang memandang, berat lagi bahu memikul..heheh.

Pegawai Tido Duduk a.k.a Pegawai Takde Duit

aiyyooo.. korang2 yang dah beribu2 jadi pengikut blog aku ni, sory sgt2 lama tak update email.. bz maattt!! aku rasa korang sedia maklum aku bz sbb ape.. sbbnya merujuk kepada tajuk post ni la..

hurm.. alhamdulillah rezeki aku masih ada. 3 april 2010 secara rasminya aku berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41. Pada hari tu, kami semua seramai 440 PTD lantikan baru ini melapor diri di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Putrajaya.

Selain lapor diri, kami juga dapat tahu penempatan kami (dihantar ke jabatan/kementerian mana). Alhamdulillah, aku dapat kat JPA sendiri.. sbb Timbalan Pengarah JPA kata JPA memilih mereka yang intan terpilih sahaja untuk berkhidmat dengan JPA ni... heheh

banyak pro bila dapat kat JPA. untuk pengetahuan semua JPA adalah ibarat 'bapa kandung' kepada semua pegawai PTD (skim M) dan juga beberapa skim lain. Maksudnya, segala kebajikan dan hal dari A-Z PTD ni, JPA yang handle. So, kalau ada kursus ke ape, kami di JPA ni lah yang akan tahu dlu..insyaAllah.

Selain itu, urusan gaji, naik pangkat, elain dan lain-lain pun JPA sendiri yang handle..

5 April, aku lapor diri sekali lagi di penempatan kami, iaitu di JPA (lagi). Yang dapat JPA dalam 14 orang. Beratus-ratus yang lain telah ditempatkan di pelbagai kementerian, jabatan, suruhanjaya dan juga kerajaan negeri.

01 April 2010

Email seorang bos

Haa..kat bawah ni adalah email daripada bos aku sempena aku nak berenti hari ni.. heheh.



I pun nak mintak maaf lah ya kalau I ada terkasar ke, termarah ke, tertengking ke, semua nya tak sengaja.

U do know I care for you for being my staff. If macam ‘tergarang’ sikit2 tu, bukan marah betul2 tu.. Kadang2 mood tak betul sikit.. ehehhee. Mintak maaf banyak2 yer Iqbal.

Even though it has only been 3 months plus, u have been a good staff. U was not my wrong decision. It was one of the best actions I took when I accepted you in. Cuma rezeki u kat sini tak lama kot.. Tak per lah.. PTD is the best destiny for all. If you survived here, how can u not survived there right? =). Insya Allah..

Once again, THANK YOU for everything Iqbal. Promise me, u’ll keep in touch. I still owe you makan somewhere. Nanti ada when time dah tak busy sikit, we’ll meet up (bring your fiancĂ©) also and we go for makan k.. =).

Yuppp, see me before you go back to day k.

Anyway Iqbal, I would advise you to save what ever keje (speeches etc.) you have done before. It would be a good reference for your future thingy kan.. =).

Thanks Muhammad Iqbal Ikhwandi Mat Zin..

22 March 2010

HAD KESABARAN

"Sabar itu ada hadnya". Inilah yang sering kita dengar bila seseorang itu naik marah kerana sudah hilang sabar atas sebab-sebab yang tertentu. Saya rasa andapun pernah mendengarnya. Bila kita selalu mendengar ungkapan ini lambat laun ia bakal menjadi prinsip diri kita malah kita sendiri adakalanya menggunakan alasan ini untuk memarahi orang lain.

Persoalannya sabar ini adalah sesuatu yang subjektif dan ia berbeza dari seseorang kepada seseorang yang lain. Ada yang boleh melenting atas sebab yang terlalu kecil dan tak munasabah.

Kalaulah kesabaran itu boleh dipetakan maka saya rasa ada orang yang hadnya cuma selangkah, ada yang di Perak, ada yang di Myanmar, ada yang di India, ada yang England, di Amerika dan sebagainya. Bagi yang hadnya cuma selangkah maka amat mudah bagi mereka untuk melenting tak tentu pasal dan bagi yang had kesabarannya jauh mereka akan hanya melenting bila kesalahan itu merupakan satu kesalahan yang besar dan patut diperbetulkan.

Mereka yang dekat had kesabarannya selalunya tidak bersikap adil kepada mereka yang had kesabarannya jauh. Ini kerana mereka akan cepat melenting sedangkan yang jauh akan selalu dapat bersabar.

Pun begitu kesabaran merupakan salah satu sifat yang memang ada dalam diri manusia semenjak azali. Kita boleh hilang kesabaran kalau kena pada tempatnya. Kita perlu mempertahankan hak kita iaitu ianya boleh digunakan dalam keadaan yang tertentu sebagai contoh sekiranya ada orang yang mengganggu isteri atau anak-anak kita, mengambil hak kita dan sebagainya.

Di zaman moden ini ramai orang menjadi hamba kepada emosi mereka.

Dalam surah Ali-Imran ayat 134, Allah memuji orang-orang yang bertakwa dan antara sifat yang mereka miliki ialah ;

“Mereka menafkahkan harta benda mereka ketika senang ataupun susah, mereka juga mampu mengawal perasaan marah dan mereka juga suka memaafkan kesalahan orang lain.”

Siapakah manusia yang gagah? Berhubung dengan ini Nabi bersabda;

“Manusia yang gagah bukanlah dia yang mampu menjatuhkan lawannya.sebaliknya yang gagah ialah dia yang mampu mengawal perasaan marahnya.”

Mereka yang mampu mengawal perasaan marah melambangkan peribadi yang mampu mengawal diri mereka sendiri. Orang yang mampu mengawal diri sendiri untuk tunduk kepada Allah sedang berjalan menuju ke syurga. Sahabat Nabi yang bernama Abu Dardak pernah menyoal Nabi,

“ Ya Rasulullah, tunjukkan kepadaku satu amalan yang akan membawa aku ke syurga.”

Nabi menjawab,

“Janganlah engkau marah !”.

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam At-Thabrani dan Ibn Abid Dunya.

Apakah yang berlaku di dalam diri anda ketika anda sedang marah? Mengikut artikel ‘Anger is Hostile To Your Heart’ yang dimuatkan di dalam majalah ‘Harvard Gazette’, perasaan marah memberi kesan yang negatif kepada jantung. Mengikut Profesor Ichiro Kawachi dan rakan-rakannya, orang-orang tua yang sering marah-marah mempunyai risiko tiga kali ganda menghidap sakit jantung berbanding rakan-rakan mereka yang lain. Para pengkaji berpendapat, pengeluaran hormon “stress”, peningkatan keperluan jantung kepada oksigen dan kecenderungan darah khususnya darah platelet untuk membeku menyebabkan peningkatan risiko ini.

Jadi dari masa ke semasa belajarlah menjauhkan had kesabaran anda sehingga anda boleh menjadi seorang yang penyabar dan dapat menghadapi apa juga tekanan dengan tenang.



dipetik daripada sebuah petikan.
boleh sebarkan untuk kebaikan.

15 March 2010

PTD, here I come!!



Alhamdulillah. Rezeki masih ada.




Masa check result PTD hari tu, 8 Feb (isnin) aku terkejut sbb tak fhm. kat atas ni jawapan yang aku terima. "Tertakluk kepada pengesahan kelayakan" katanya.




So, sepanjang minggu lepas aku asyik call SPA jela.. tanya apa maksud benda tu. Seorang pegawai SPA yang berjaya aku hubungi kata, sila hantar 'Surat pengesahan tamat pengajian' secepat mungkin.


Aku dah pening dah. Dia nak secepat mungkin. Aku takde surat tu. Kena buat dlu kat fakulti. yang bestnya ikut prosedur biasa, 2 hari baru siap. yessss!! nasib baik la aku baik dengan staf-staf fakulti, minta dia buat pagi ni, petang dah boleh ambil.


So, dalam minggu tu settle la, aku dah faks kat pegawai berkenaan. Tunggu mereka mesyuarat, baru tahu status seterusnya.


Dipendekkan cerita, hari ni (15 Feb) aku call SPA, kata mereka surat tawaran telah diPOS LAJUkan pada hari ni. Dan aku salah seorang daripadanya. Alhamdulillah. Syukur!!!


Dengar cerita, aku akan lapor diri pada 3 April 2010 (Sabtu) di Putrajaya. Kementerian mane taktau lg. dah tau nnt, aku akan update lagi. Thanks









02 March 2010

Kekosongan Jawatan di Al-Jazeera Koresponden Kuala Lumpur (Wangsamaju).


Sila e-mailkan resume anda ke aljazeera@restoran.com sebelum 16 Mac 2010.

kelik kelate

utk post yang ni, kawe nak kechek kelate, sebak kawe nok royak cerito kawe g kelate duo kali dale maso lape hari jah... kahkahkah (1st perenggan aku dah tak bleh blah).

yang kali pertamo kawe g pado sembile belah bule duo bersamae denge hari jumaat. g pagi, kelik pete.

sebak hari jumaat, kawe kenolah g smaye jumaat. kawe suko denga khutbah kat kelate ni.. bakpo? sebak khutbah pasal Islam... tp sebut jadi Isle.. hahaha. Isle agamo kito la la la..

kali keduo kawe g kelate adolah pado 27 bule duo.. kali ni best sikit sebak kawe tido semale. kat renaissance hotel. kawe dapak bilik sore,tp katil bersaiz permaisuri, bermakno queen size.

kalau dlu kawe acap kali ikot mok ayoh tido hotel bilo ado kursus apo semuo, kali ni kawe pulak meraso dapak bilik sendiri. (hoooo payohhh kecek kelate ni!!)

lamo doh kawe tok kelik kelate ni, buke toksey kelik, tp takdo maso nok kelik. tapi mek-mek kelate masih mace dlu lagi...hahaha. lamo tok jupo mek kelate ni.... kawe tok buleh comment pasal mek kelate ni panje2 nanti tune kawe cubit ke'... kahkahkah

ok lah, kawe nok sambung kijo. tp sbelum tu, terimalah serangkap pantun kelate dari kawe :-

Make ikke cicoh budu,
Jange lupo tamboh milo,
Kelik kelate buke slalu,
Sekali kelik rambang mato.

Sekiaie..

16 February 2010

Zaman menganjing name bapak

tiba2 aku teringat zaman sekolah dulu... banyak kenangan...
dan salah satu kenangannye ialah time ni lah zaman menganjing nama bapak..haha
mcm haram. ditambah pulak dengan nama bapak aku yang lain mcm sikit...iaitu... Mat Zin Bin Mat Kib.

So, jangan kata name bapak aku, name atok aku pun kena beb..
pedih mat dengar.. sbb tu aku malas g skolah..hahahaha
time sekolah rendah takde lg..masuk form 1, perghh kena menganjing jela..
aku pun menganjing la name bapak org jugak..

sorang kawan aku ni nama dia khairul anwar bin saman. (kahkahkah).
so kitaorg gelarkan dia ni anak ketua polis negara..hahaha
bapak dia asyik menyaman je keje..huhuhu

bapak aku plak, dia org panggin Mat Jin. Hampeh btol..
nama atok aku, dari Mat Kib jadi Kid Rock la... Kiblat ade gak..kahkahkah
tak guna btol..

kesimpulannya, akulah antara orang yang paling teruk kena menganjing dalam bab2 ni..walau ak pun menganjing orang lain..
hahaha

so bile korang dah baca post aku ni, jangan korang menganjing nama bapak n atok aku plak ek..haha

ciao

08 February 2010

Strategi disusun, peluru lengkap. Tunggu perang.

Aku nak tulis sebagai seorang Jeneral perang hari ni. haha. Besok, 9 Februari aku akan ke medan perang iaitu di Putrajaya Presint 2. Oleh itu, sehari dua sebelum ni aku agak sibuk mengatur strategi perang dan membekalkan peluru-peluru untuk diri aku.

Musuh aku bukan calang-calang orang. pangkat besar. mungkin bergelar 'Datuk'. 2-3 orang pulak tu, lawan aku sorang. mmg tak la kan... huhu.

'Perang' ni aku gunakan sebagai simbolik untuk temuduga PTD aku esok. So pada hari ini aku akan dedahkan strategi2 yang telah aku atur. Terima kasih kepada bahagian 'risikan tentera' yang telah memberi aku maklumat bagaimana untuk menghadapi musuh2 aku ni.

Strategi:-
a) sampai awal ke mdan perang sebelum musuh aku tiaba bagi menyesuaikan dengan keadaan sekeliling.

b) akan aku kelirukan musuh dengan muncul di depan mereka dengan penuh semangat tanpa rasa takut (walau aku cuak). Seolah2 aku bersedia berperang dengan mereka.

c) aku akan hulurkan salam perkenalan dahulu dan tanya khabar mereka (sebelum mereka serang aku, aku serang diaorg dulu). haha.

d) Ketika diserang, aku mempertahankan diri aku dengan perisai-perisai. (bermaksud, aku akan jawab soalan mereka dengan point-point yang aku telah kumpul).

e) jika tak tahan serangan (maksudnya aku tak dapat jawab soalan diaorg), aku akan cuba mengelak dan pergi ke kubu lain(maksudnya aku akan elak daripada menjawab tetapi aku akan 'turnover' isu dengan menimbulkan isu lain).

f) aku akan menggunakan bahasa baku (ala-ala bahasa indonesia) semasa menjawab soalan mereka. contoh (berbeda-beda instead of berbeza-beza) dan (dipandang enteng instead of dipandang ringan). aku percaya, musuh akan terkesima seketika. kahkahkah.

g) bahasa tubuhku yang tegas dan jelas, dengan tangan aku didepakan, kadang kala aku genggam penumbukku.. dan kadang kala aku akan menunjuk2 ke kiri dan ke kanan sambil memandang tepat ke mata musuh. (ini akan membuatkan musuh mempercayai dengan apa pendamaian yang aku tawarkan). kahkahkah. gelak lagi.


Peluru-peluru/senjata:-
a) maschine gun (Latar belakang dan bidang tugak PTD).
b) Grenade (NKRA- Bidang Keberhasilan Utama Negara)
c) Flashbang (1Malaysia)
d) Kereta kebal (Dasar Ekonomi baru)
e) Pistol (Wawasan 2020).
f) Pisau (maklumat kementerian Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan)
g) panah (latar belakang diri aku).



so tulah dia. menang atau kalah aku di bidang pertempuran aku taktau lagi. kalau gugurnya aku, taburlah bunga di pusara. hahahaha. kalau menang, akan aku bunyikan semboyan kemenangan untuk dinikmati bersama rakyat jelata..heheh.

Keputusan perang pada 18 Mac 2010. Sekian terima kasih. Takbir!!

06 February 2010

Menunggu bas itulah chenta.

Oleh sebab baru2 ni Izni kata kat aku (dlm facebook) yang dia tak fhm mengenai cinta tu ibarat menunggu bas, oleh itu berdirinya aku pada hari ni....opppss silap. duduknya aku depan komputer malam ni adalah untuk menerangkan secara bertulis kepada Izni dan konco-konconya. hahaha. kepada kawan2 aku jugak la... selamat menunggu bas semua...


Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas…


Bila bas tu datang, awak tengok bas tu dan awak kata pada diri awak,"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk." Jadi, awak katakan pada diri awak,


"Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua.


Awak tengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.


Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm.... tak de air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain."


Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.


Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak.


Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dapat pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?


Jadi, (terutamanya golongan perempuan, lelaki pun samalah) mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?


Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.


Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nantikan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!


Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!


Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak.


Janganlah menyesal jika seseorg tu selama ini berada di depan kita tanpa kita mengetahuinya, bahawa dia lah orgnya... kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya... hanya DIA yg mengetahui apa yg terbaik buat diri kita dunia dan akhirat.

02 February 2010

kalau bos korang mcm ni, how??

Dear Iqbal,

Since I’m in the MCM, I am not sure I’ll be able to call you and brief on the TMOW speech etc.

Anyway, I need you assistance in drafting a speech for Minister based on the info pack that I’ve attached here. Don’t worry. I know u still new but this could be a good training as well. On top of that, I dah pernah buat speech for the minister launching for the TMOW dekat bukit gantang, perak before so it’s making it easier =). See attachment. Please google and use the necessary words yang minister(s) selalu pakai and added in this speech. Hope it would help.

Before buat, please tarik nafas panjang. Imagine yourself a minister =). You wouldn’t want to mention dalam speech as if dia bercakap on behalf of TM. That one I will create for the TM Chairman nanti. Put yourself at the minister position, so you speech will be about rakyat, this is a good effort done by GLC company, the government target on the broadband penetration, harapan dia etc… Please tgk both ministers speeches I’ve done for TAD and TMOW earlier. Maybe from there could give you some idea on how to draft it properly. Formal, protocol etc.

Anything, please email me k sebab dalam MCM ni susah nk cakap phone..

Thanks dear.

Petunjuk:

MCM - Management Committee Meeting

TMOW - TMpoint On Wheels

TM - Telekom Malaysia

TAD - TMpoint Authorized Dealer

Ya, betul tu sedara2 sekalian. E-mail di atas adalah adalah e-mail yang telah dihantar oleh bos aku pada hari ini, 2 Feb 2010 jam 9.41 pagi.

So, apa pendapat anda? Ingin mendapat bos seperti ni jugak?? haha.

25 January 2010

tak sapal-sapal.. kesian Faris.

Di keheningan petang smlm, aku msg Faris. Minta dia teman aku pegi Dewan Keramat AU2, pukul 9.30 malam semalam. Faris tidak menolak, dia mmg gemar membantu orang ni. Faris tak tanya pun utk apa aku nak pegi Dewan Keramat AU2. Baguslah dia tak tanya lagi... hehehe

Aku dah on the road (istilah baru menggantikan on the way yang selalu disalahgunakan, otw ke toilet contohnya) dari Shah Alam nak pegi ambil Faris. So, aku msg dia lagi suruh dia siap2 cepat, sampai rumah dia kang terus gerak. (Faris terkenal dengan betapa PANTASnya beliau bersiap). haha. sory Faris. huhu.

Dipendekkan cerita, aku sampai umah Faris. Alhamdulillah, tak sampai 2 minit dia keluar. haha. Aku tanya beliau, "Faris, ko tau tak Dewan Keramat AU2 kat mana?" Beliau menjawab, "Aku rasa aku tau,". Masa ni Faris tak tanya lagi nak pegi sana buat apa. haha. Aku pun senyap jela..

Sekonyong-konyong Faris bersuara, " Ko jangan bawak aku pegi majlis (kahwin) sudahla, aku pakai seluar pendek ni,". Aku jawab, "tak la, bukan majlis..."

"Habis tu ada apa kat sana?" tempelak Faris. hahaha. Aku dah tersengih2...
Faris menambah, "Owhhhhh..aku tau ada apa kat sana!!" hahahaha, aku tergelak. "Mana ko tau?", aku tanya. Beliau jawab, "Kat facebook tadi aku nampak."


Sebenarnya aku nak pegi dengar ceramah politik (parti rahsia). hahaha. tak sapal-sapal Faris berpolitik malam smlm..

Masa dengar salah seorang pemimpin berucap, Faris duduk sebelah aku. Aku jeling2 gak Faris, tengok dia ok ke tak. huhu. Muka dia macam biasa je. Dan yang bestnya, ada sekali tu, dia pun ikut tepuk tangan!! hahaha. Ni perkembangan positif, detik hati aku. hahaha. "Reformasi!!!" kata pemimpin tu. Faris pun ikut, "Reformasi!!" hahaha. Kelakar sungguh kau Faris.

Masa balik on the road ke kereta, aku pancing Faris, "Ko dah daftar mengundi belum?"

"Belum," jawabnya pendek. "Bila pilihanraya ek?" tambah Faris. "2012 atau 2013 kot," jawab aku. haha.

Pengalaman comel dengar ceramah politik bersama si Faris. haha. Sorry Faris. Tak sapal-sapal... bak kata ko..

18 January 2010

Sireh pulang ke ganggang..

Dah 2 minggu aku dok menumpang rumah makcik aku di Bangsar, terasa seronok sebab aku jalan kaki je pegi keje. 8.15 pagi baru keluar rumah, 8.25 pagi sampai. (waktu pejabat 8.30-5.30).

Tapi yang ter seronoknya sebab... menumpang. Yelah, walau makcik sendiri pun, aku segan jugak sebab kat rumah tu kalau sikit penghuninya takpe, ni campur aku 8 orang!! 8 orang dok rumah flat, agak-agak la bai.... haha. Dalam tempoh tu, aku cuba jugak cari bilik untuk disewakan kat kawasan tu, tapi hampeh!!

Ditakdirkan ayah aku dapat rumah transit di kolej Meranti UiTM, Seksyen 2 Shah Alam. Ayah aku kata tinggal percuma, api air pun percuma. Aku pun apalagi, aku ambil keputusan untuk dok skali ngan ayah aku ni. Kebetulan pulak, bus stop sebelah je untuk aku berjalan kaki ke sana.

So, mulai hari ni, aku kembali menaiki bas ke Bangsar untuk ke tempat kerja. Teringat zaman praktikal dulu. Haha. Pagi tadi aku bangun jam 6.30 pagi. Pukul 7 pagi aku dah berada dalam bas. Bas gerak dalam pukul 7.10 pagi. Tepat sejam, aku sampai kat bus stop depan pejabat aku. Dalam bas tu, aku mengisi masa dengan membaca buku Mendepani Zaman: Melayu Abad ke-21 hasil nukilan YB Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Seri Setia merangkap Setiausaha Politik Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Buku yang amat menarik dan mampu membuka pemikiran orang Melayu yang terlena dan sering meLayu....

Aku pun menjadi Melayu yang tabah dengan menaiki bas pada hari ni.. haha. dan sekejap lagi aku kena jadi tabah sekali lagi apabila balik pun kena naik bas. Part nak balik ni la aku tak suka. Selalu dalam dilema.

Kalau aku tunggu jalan yang menghala ke KL, bas tu akan pergi ke Pasar Seni dulu, turunkan penumpang yang ada, naiklah penumpang yang baru. Aku stay dalam bas je. Dan kemudian, barulah bas tu bergerak balik ke Shah Alam. Kalau aku pilih bas yang ni, mesti aku dapat duduk, tp akan sampai Shah Alam lambat la. Tapi, kalau aku tunggu bas yang menghala ke Shah Alam terus, risiko tinggi walau akan sampai Shah Alam cepat sikit. Risiko pertama, bas tu mesti dah penuh macam sardin, tempat duduk mesti 'adeeeeee'. Risiko kedua dan yang paling teruk, kalau bas tu dah penuh, kadang-kadang driver tanak berenti. Pergghhh, part ni lah yang membuatkan hati terasa seperti dihiris-hiris oleh sang pemandu bas. Sampai hati you...

Tapi apa-apa pun, keputusan aku untuk kembali tinggal di Shah Alam aku harap adalah tindakan yang betul. Senang nak lepak dengan kawan-kawan, ramai kenalan dan boleh makan di pecel ayam Padang Jawa.

'Aku pulang ke Shah Alam ibarat Sireh pulang ke ganggang'.

15 January 2010

Cempedak menjadi nangka...

Tepat jam 5.00 petang (14 Jan-Khamis) tiba-tiba telefon bimbitku mengeluarkan lagu Through My Window dendangan Bunkface, bermaksud satu Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) telah aku terima.

Nama 'Hasnul PTD' terpampang. SMSnya berbunyi begini.

'Salam..apa khabar bro? ko dh check ke result PAC? - hasnul'


Sebelum aku teruskan, mari kita kenal siapa Hasnul ni. (bukan Nol kita tu).
Hasnul ni aku jumpa masa aku ke Program Assessment Center (PAC) untuk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik di INTAN Jalan Elmu, Kuala Lumpur.
Dia ni peramah dan nampak memang baik. Putih, berkaca mata, ketinggian sederhana dan badan berisi sikit.

Mulanya aku anggarkan umurnya sekitar 26 tahun, tapi silap tekaan aku, rupanya di awal 30-an, sudah beristeri dan mempunyai anak (tidak silap aku).
Selepas melalui PAC sepanjang hari, sebelum pulang kami sempat bertukar-tukar no telefon bimbit. So, tiba-tiba semalam (14 Jan) dia SMS bertanyakan keputusan PAC aku. Aku pun tanpa berlengah terus melayari laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).


Dalam keadaan yang begitu teruja untuk menyemak keputusan, tiba-tiba aku terasa macam tak dapat je. Disebabkan beberapa aktiviti yang aku lalui pada PAC tempoh hari prestasi aku tidak begitu meyakinkan. Setelah memasukkan no kad pengenalan, beberapa saat kemudian tertera di skrin monitor seperti berikut :-

No. Kad Pengenalan : 860410******
Nama Penuh : MUHAMMAD IQBAL IKHWANDI BIN MAT ZIN

Tahniah! Anda LULUS ujian yang telah diadakan pada 13/12/2009.


Syukur Alhamdullillah. Tak disangka-sangka, cempedak menjadi nangka. Ini adalah berkat usaha dan doa semua, termasuk kedua orang tua aku, dan Elin yang tak putus-putus beri kata semangat dan tidak lupa kepada keluarganya. Aku pasti, saudara-maraku yang lain juga sentiasa mendoakan kejayaan aku. Terima kasih semua.


Tinggal satu peringkat lagi, iaitu temuduga. InsyaAllah boleh dapat, dan kalau benar aku dapat, aku akan berada di dalam dilemma sekali lagi...

14 January 2010

Pagi yang terang kini sudah gelap..

Aku bangun pagi seperti biasa dikala jarum jam menunjukkan 7.45 pagi. Walau jam telah ditetapkan pada 7.30 pagi, budaya snooze amat popular di kalangan muda remaja mcm kita, sesunggahnya nikmat tidur dan sejuknya pagi memberatkan mata dan tulang temulang kita.

Mandi.

Setelah menyarung seluar peninju (boxer) pembelian Elin dari Bandung, kemeja Durban pula ku kenakan pada badan ku diikuti dengan celana Bonia yang ketat. Gel rambut Brylcreem extra strong disapukan di rambut ikal mayangku, dan diikuti sapuan nipis bedak Dashing pada muka. Akhir sekali, wangian Usher (jenama bukan penyanyi R&B tu) aku semburkan pada baju dan di calit-calit ke leher dan belakang cuping (bukan daerah di perlis) telingaku.

Tiba di muka pintu rumah, aku mengambil kasut kulitku (ntah brand apa) lalu disarungkan selepas memakai stoking hasil beli-belah di Uptown DanauKota.

Ke kantor dengan hanya berjalan kaki merentas lautan kereta dengan melalui sebuah jejantas. 8.20 aku tiba di pejabat dan aku lalukan kad access ku di mesin pengesan. (bukan pengetuk kad).

Komputer difungsikan. Skype diaktifkan. Berita online dibacakan. Sambil baca, sekonyong-konyong tunangku Elin menegurku di Skype. Betapa gumbiranya rasa hati ini. Kami bersembang sekejap. Namun, malangnya kamera labah-labah (web cam) tidak ku bawa. Oleh itu, aku berjalan pulang ke Apartment Putra Ria Blok 24 yang hanya jauhnya lebih kurang 300 meter untuk mengambil alat tersebut.

Sesampainya semula aku di komputer, Elin masih aktif di Skype. Ku pasangkan web cam tersebut. Malang lagi, hanya aku yang dapat melihat wajah Elin, tapi dia tidak dapat melihat aku ni. Kesian dia. Rindu terubat sikit, tapi dia masih belum dapat melihat diriku. Wajah Elin di dalam web cam tetap cantik seperti di luar.

Puas sudah aku memeriksa apa yang tidak kena dengan web cam, namun hasilnya zero. Aku dan Elin berbincang. Keputusannya, selepas aku balik kerja ni aku akan ke rumahnya di Gombak, untuk melayari internet di sana.

7.30 petang waktu malaysia (6.30 pagi waktu Ohio) aku akan bangunkan Elin untuk berSkype.
Perutku sudah berbunyi. Tengahari tadi tak sempat turun makan, sangat kusyuk dengan kerja. Sekarang jam menunjukkan 3.40 petang. Menunggu 5.30 petang untuk balik, dan kemudian ke The Garden untuk membayar bil telefonku yang sudah dipalang. Jumpa lagi.

13 January 2010

Register jadi Alumni UiTM.



Salam. Untuk pengetahuan pembaca-baca blog aku semua, UiTM telah mengadakan Malam Simfoni Kasih pada 8 Januari (Jumaat). Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir.

Malam Simfoni Kasih anjuran Yayasan Budiman UiTM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni UiTM serta Persatuan Alumni UiTM bertujuan meraikan para alumni universiti itu.

Pada majlis itu Ketua Eksekutif Kumpulan Perbadanan Nasional Bhd (PNB) Tan Sri Hamad Kama Piah diumumkan sebagai Tokoh Alumni UiTM 2009.



Aku sendiri tak dapat hadir majlis tu, tapi ayah aku sempat pergi. Dan ayah aku dapat satu buku ‘Alumni-alumni Muda UiTM’, which is sepatutnya kita semua pun tersenarai dalam buku. Siap ada gambar, dan tempat kerja terkini. Benda ni penting untuk networking kita sebenarnya.

Tapi, oleh sebab kita tak daftar (aku sendiri), adalah satu kerugian kiranya kita terus tidak mendaftar. So, aku harap korang semua berminat untuk daftar menjadi alumni UiTM secara rasmi.

Cara-caranya ialah :-

1) pergi ke http://alumni.uitm.edu.my/registration/
2) kemudian click di New user? Sign up here.
3) Isikan no kad pengenalan anda di ruangan Alumni IC (Old/New).
(cth: 860410355657)
4) Dan ikut arahan seterusnya.


Sekian terima kasih.

p/s: Kepada siapa yang tidak tahu, Tan Sri Ibrahim Abu Shah bukan lagi VC UiTM. Beliau telah tamat kontrak. VC baru ialah Datuk Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar. hensem dan segak kan? heheh

12 January 2010

kenapa radiasiikankoi.blogspot.com?

mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa dalam berjuta pilihan, aku memilih nama radiasi ikan koi? aku pun tak berapa nak tahu, tp di bawah ni aku bagi penerangan sikit.

penerangan:-

radiasi - radiation describes any process in which energy emitted by one body travels through a medium or through space, ultimately to be absorbed by another body.

ikan koi - Ikan Koi merupakan sejenis ikan kap yang banyak dipelihara sebagai ikan hiasan kerana sifatnya yang lemah lembut. Ia hampir menyerupai ikan Emas dan memang dalam famili yang sama dengan ikan Emas.









haa..tu jelah. haha

Corat-coret Elin ke Ohio.

2 buah kereta telah pergi ke KLIA untuk menghantar tunangku, Elin ke KLIA pada lewat petang Ahad (10 Jan) baru-baru ini. Aku naik kereta abg firdaus bersama kak intan, ayit dan elin.

sebuah lagi kereta diisi oleh elis, zam, mama, ecai, ashman n batrisha. semasa dalam perjalanan, boleh pulak lagu 'Pergi' dendangan Aizat berkumandang di corong radio. tapi aku steady lagi..takde hal lah. haha.

sesampainya kami KLIA jam 8.40 malam, aku dengan lincahnya mengangkat 3 beg elin sambil elin pergi mengambil troli, kemudian aku letakkan beg2 tersebut di atas troli.

kemudian, aku menolak troli tersebut ke kaunter daftar masuk J18 sambil diekori oleh elin dan ayit manakala abg firdaus dan kak intan pergi meletakkan kereta di tempat letak kereta.(daulat bahasa melayu).

dipendekkan cerita (setelah 2-3 pramugari lalu-hahaha), setelah selesai elin daftar masuk, kami semua ke KFC untuk makan (tp aku melantak). jam menunjukkan hampir 10.30 malam, lalu kami semua bergegas pula ke pintu masuk antarabangsa. sambil jalan tu aku memberi 2-3 pesanan kepada elin dengan diri aku yang masih steady, hahaha. elin angguk je, aku tau dia sedih. sbb tu aku tanak tunjuk aku ni sedih jugak, sbb nnt dia lg sedih.

depan pintu masuk antarabangsa, kami sempat mengambil gambar dan selepas itu elin dan kami semua semua mengucapkan selamat tinggal..bersalaman dan berpelukan (dengan mama n adik beradik dia ehh). dengan aku, kami bersalaman ibarat aku menyampaikan sebuah cek sumbangan kepada penerima (elin). hahaha.

detik ni, aku steady lagi la beb. sbb dia ada depan mata aku lg.. dia dah turun esclator tu, then kelibatnya semakin mengecil apabila elin berlari-lari anak menuju ke kaunter imigresen yang mana semakin lama semakin lenyap kelibatnya.. detik ni aku kurang steady dah.. hahaha. tp takpe, aku tau dia pergi baik untuk dia, untuk aku dan untuk semua. harap dia dapat menyesuaikan diri dan adapt secepat mungkin. I know u can take care of yourself. gonna miss u.

Selamat hari lahir elin. Selamat 1 tahun 1 bulan bersama. Selamat 1 bulan pertunangan. Be strong. love u very strong also. hee. smileeee. =)



dari tunangmu,
maxx @ iqbal ikhwandy

07 January 2010

tahun baru kerja baru..

Aku tidak lagi bekerja di













Alhamdulillah, 2010 ni aku start keje kat








Kat sni, so far so good. dapat bos yang 360 darjah lain dengan yang sebelumnya. aku mula berasa selesa walau masih menyesuaikan diri. kesimpulan setakat ni, best!!



Muhammad Iqbal Ikhwandi Bin Mat Zin
Corporate Communications Executive


TM Sales & Services Sdn. Bhd.
14th Floor, Menara Mutiara Bangsar
Jalan Liku, Off Jalan Riong
59100 Kuala Lumpur

Tel : 603- 2297 1325
Hp : 012 - 3036226
Fax : 603 - 2282 3460



ahaks..

06 January 2010

2010... masih belum terlewat untuk aku blog (bukan blok).

Seperti biasa, secara tiba-tiba aku rasa nak memblog. Tiba2...
Seperti biasa juga aku sendiri susah nak predict diri aku sendiri, apetah lg org lain. mungkin 'tiba2' ni suka dekat aku... ahaks

mungkin kerana dengan ketibaan tahun baru (bukan batu)2010 ni kot aku rasa nak menulis. bosan2. tak tahu samada blog aku ni diketahui ramai atau tidak diketahui ramai, aku sendiri belum ketahui.

blog ni God Willing tidak ada tujuan spesifik seperti politik, hartanah ataupun sukan semata2.. General (bukan Jeneral<-- ni tanya pian) haha. jokes aside.

aku menulis sebagai orang awam. dari orang awam kepada orang awam. sebagai individu bebas, ibarat kain putih tidak tercalit cat-cat ideologi, jawatan ataupun faktor sosiologi dan geografi aku.

selamat tinggal 2009. selamat datang 2010.













ingat maxx, blog jangan sampai kena blok!!